Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).
Pengeksploitan pemerdagangan manusia
termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain,
buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak,
ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat
antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak
sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan
keagamaan.
Sesetengah imigran yang dibawa masuk ke Malaysia dipaksa bekerja secara paksa atau bekerja kerana terikat dengan hutang kepada majikan, agen pekerjaan, atau perekrut buruh tidak formal. Ramai pesalah pemerdagangan manusia di Malaysia adalah dari kalangan ahli perniagaan, ia juga didalangi oleh sindiket jenayah terancang yang besar. Sejumlah besar wanita muda direkrut untuk bekerja di restoran dan hotel di Malaysia, yang mana sesetengah mereka datang dengan menggunakan visa “Pegawai Perhubungan Pelanggan,” namun kemudian dipaksa untuk bekerja dalam industri seks komersial di Malaysia.
Kebanyakan syarikat Malaysia yang
merekrut tenaga buruh mengambil buruh berlebihan dari Bangladesh, Vietnam dan
negara-negara lain. Buru-buruh ini ditahan di gudang-gudang atau lokasi-lokasi
lain dan diserahkan kepada majikan yang tidak bertanggungjawab yang memaksa
pekerja-pekerja ini menjadi buruh paksa. Ramai pekerja asing di ladang, tapak
pembinaan, kilang tekstil, dan mereka yang bekerja sebagai pembantu rumah di
Malaysia menghadapi amalan-amalan berupa pemerdagangan manusia seperti sekatan
ke atas pergerakan, penipuan dan fraud dalam pembayaran gaji, perampasan
pasport, atau ikatan hutang oleh ejen atau majikan mereka. Perampasan pasport
oleh majikan dilakukan secara meluas, dan terdapat laporan bahawa majikan
membuka akaun bank bersama sebagai satu bentuk kawalan ke atas pekerja.
Pekerja yang melaporkan teraniya memberitahu bahawa majikan mereka mengawal mereka dengan mengancam untuk menyerahkan pasport bekerja kepada pihak berkuasa imigresen di mana majikan akan mendakwa bahawa pekerja itu telah melanggar syarat-syarat kontrak pekerjaan mereka, jika bersalah boleh mengakibatkan pembatalan visa dan seterusnya pengusiran. Sesetengah majikan di Malaysia dilaporkan tidak membayar gaji pembantu rumah asing mereka selama 3 hingga 6 bulan. Ia dibuat atas alasan sebagai bayaran balik kepada agensi pengambilan pekerja dan ikatan hutang lain yang dikenakan ke atas majikan. Ada juga kes dimana majikan secara tidak sah menahan gaji pekerja secara eskrow sehingga tamat kontrak. Ini menjadikan pekerja terus bekerja kerana takut tidak menerima pampasan kewangan jika mereka tidak memenuhi kontrak. Pelarian, terutamanya dari Burma, adalah lebih terdedah kepada pemerdagangan, dan rakyat Malaysia daripada masyarakat luar bandar dan kumpulan peribumi juga turut terdedah. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) terus melakukan serbuan yang mensasarkan komuniti pendatang haram dan menahan pelarian, pemohon suaka, dan mangsa pemerdagangan manusia bersama-sama mereka yang didakwa pendatang haram.

Namun begitu amalan ini dilaporkan
telah berkurangan berbanding tahun 2010. Walaupun tidak menandatangani Surat
Hasrat (LOI) untuk meminda Memorandum Persefahaman (MOU), kerajaan Indonesia
dan Malaysia belum meminda atau mengganti MOU tahun 2006 mengenai pekerjaan
pembantu rumah (amah) Indonesia di Malaysia, yang membenarkan majikan Malaysia
untuk merampas dan memegang pasport pembantu rumah.
Menurut pertubuhan-pertubuhan NGO,
bilangan pembantu rumah yang bekerja secara sah di Malaysia telah menurun
daripada 300,000 kepada 230,000 sepanjang tahun lalu. Pertubuhan-pertubuhan NGO
ini menganggarkan bagi setiap pembantu rumah yang bekerja secara sah di
Malaysia terdapat satu yang bekerja di negara ini secara haram. 90% daripada
pembantu rumah (amah) adalah dari Indonesia. Sebilangan kecil rakyat Malaysia
telah dilaporkan diperdagangkan di dalam dan luar negara ke Singapura, China
dan Jepun dan mereka dieksploitasi sebagai pekerja seks komersial.
Walaupun Kerajaan
Malaysia tidak
memenuhi sepenuhnya piawaian minimum untuk membanteras pemerdagangan manusia,
ia telah melaksanakan pelbagai usaha dengan bersungguh-sungguh ke arah itu.
Sebagai contoh, undang-undang anti-pemerdagangan manusia yang lebih berkesan
dan usaha-usaha perlindungan mangsa telah ditambah baik - Malaysia diletakkan
pada Tahap 2 Senarai Pemerhatian bagi 2 tahun berturut-turut. Walaupun kerajaan
meningkatkan bilangan sabitan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Akta
Anti-Penyeludupan Migran sepanjang tahun laporan dan meneruskan usaha kesedaran
awam mengenai pemerdagangan manusia, ia tidak menyiasat dan mendakwa secara
berkesan kes-kes pemerdagangan buruh, dan gagal untuk menangani masalah
penglibatan kerajaan dalam pemerdagangan dan penjagaan mangsa dan kaunseling
yang kurang berkesan oleh pihak berkuasa. Penahanan mangsa pemerdagangan di
fasiliti kerajaan juga turut membimbangkan.
0 comments:
Post a Comment